Hakikatnya aku perlu menerima kritikan itu sebagai satu perangsang untuk aku bangun semula agar aku tidak dihina lagi.Ini maruah aku,Maruah yang perlu dibersihkan,bila difikirkan kembali pengorbanan aku selama ini hanyalah sia-sia.Kerana kepentingan segelintir manusia yang hendak melepaskan leher sendiri,aku menjadi mangsa keadaan.Aku tidak mahu menyalahkan sapa-sapa diataskan kekalahan aku tapi disini aku ingin meluahkan isi hati yang menjadi racun dalam diri ini.
Di kejohanan Dunia kali ini aku memang tidak mensasarkan apa-apa pingat kerana aku belum bersedia untuk mengadapinya.Mungkin ada beberapa aspek yang mungkin menjadi punca kekalahan aku kali ini.Aspek yang paling besar adalah masalah kaki aku yang sakit dan masalah keluarga yang membebankan kepala otak aku.Entahlah kalau di ikutkan aku tidak mahu bertanding tapi bila difikirkan balik,Aku rasa betul-betul menyesal kerana aku tidak dapat mengasingkan masalah aku ini.Aku berasa malu kerana aku telah mengkecewakan pelbagai pihak dan memalukan maruah negara aku.Aku kalah!!
Sebelum berlawan aku dah kalah dengan diri aku sendiri.Aku tidak boleh leka selepas ini.Jika aku diberi peluang untuk mewakili malaysia,aku akan buktikan aku bukan menang dengan bantuan orang.Aku mahu kemenangan aku itu bermaruah.Aku tahu ramai saja orang diluar sana bercakap "kalau tanpa bantuan diorang aku mungkin tidak menang".Aku akan buktikan tanpa mereka,aku boleh berjaya.Allah sentiasa bersama hambaNya yang sabar.
Laungan "SEKALI JUARA SELAMANYA JUARA!!". akan aku pegang untuk aku bangun dari kekalahan ini.Aku hendak mengembalikan maruah aku yang telah jatuh.Dan aku tahu ramai saja yang mendoakan kekalahan aku ini.Dan mungkin gembira atas kekalahan aku di CHANG RAI ini.Aku berdoa agar Allah menguatkan kekuatan dan semangat aku kembali.
BANGUN DARI TIDUR "MOHD FAUZI KHALID!!!!".buktikan dekat orang yang tidak suka dekat engkau yang boleh menang!!
U always berjaya dalam keluarga....gagal sekali bukan bererti gagal selamanya....
ReplyDelete