Monday, 26 November 2012

?

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan kepada rakan-rakan seperjuanganku kerana mereka telah memenangi Kejohanan Silat Dunia 2012 dan mengharumkan nama negara.Walaupun aku berasa bergembira tetapi hati aku sungguh sedih sekali kerana tidak dapat menaikkan maruah negaraku.

Banyak pengalaman aku dapat sepanjang kejohanan.Pengalaman yang tidak akan aku lupakan dalam sejarah hidup aku.Pengalaman  yang mengajar aku untuk lebih matang dan terus maju kehadapan.Jatuh bangunnya seseorang itu adalah dengan hasil usahanya sendiri.Penghinaan dan bermacam lagi kutukan bila kita kalah.Aku redha,redha dengan ketentuan yang Maha Esa.Tentu ada hikmah disebalik kekalahan aku kali ini.

Tahun 2012 tidak akan datang lagi biarlah ia berlalu.Akan aku ingat sampai bila-bila dan ia akan menjadi guru aku yang paling terbaik.Ia akan mangajar aku untuk berusaha lagi keras untuk membuktikan aku adalah yang terbaik diantara yang terbaik di masa akan datang!InysaAllah jika di izinkan Allah aku akan membuktikan kepada segenlintir yang tidak suka dekat aku.Azam aku pada kejohanan akan datang akan aku tebus kembali maruah aku.Itu janji aku.InysaAllah jika aku diberi peluang sekali lagi.Aku akan buktikan kepada semua.

Tanggungjawab yang tidak dapat aku laksanakan dengan sebaik mungkin.Sedih bila semua orang bergembira meraikan kemenangan masing-masing.Bagi aku ingin adalah cabaran yang perlu aku tempuh.Maaf aku sudah tidak seperti dulu.Aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab aku dengan sempurna.Maafkan aku


SABAR ITU INDAH!!