Wednesday, 4 January 2012

dugaan

Dugaan demi dugaan,kita tidak akan lari dari menerima dugaan.banyak dugaan yang terpaksa aku tempuh selepas berjaya didalam Kejohanan Sea Games Jakarta baru-baru ini.Dugaan yang sangat berat datang kepada aku dan berat bagiku untuk menempuhnya.Orang menang selalunya akan melalui sangat bahagia tetapi bagi aku kemenangan aku kali ini sangat-sangat menyedihkan.Aku kehilangan banyak benda dalam sekelip mata.Aku kehilangan seorang gadis yang aku sayang,aku kehilangan motosikal dan baru-baru ini terjadi, kereta aku nyaris dicuri dan aku cedera ringan,disebab itu kehidupan aku tahun ini sangat sedih.debaran tahun baru masih panas disebutkan oleh semua orang.

Semua ini mungkin ada hikmahnya.Bila aku renung semua kejadian berlaku keatas diriku ini,mungkin Allah ingin menguji aku lagi.Adakah aku kuat untuk menempuhinya atau sebaliknya?Sebelum ini aku dapat menempuhinya,sekarang ini aku perlu kuatkan lagi.Bila aku renungkan kembali,aku sangat berdosa pada Allah kerana aku telah melakukan banyak perkara dalam hidup yang melanggar hukumNya.Dosa demi dosa aku lakukan,aku telah banyak perkara yang salah,selalu berada dalam kemaksiatan.Aku hidup dalam kegelapan.

Kehidupan yang akan membawa kehancuran pada diri aku.Sekarang aku dapat rasakan aku telah jauh menyimpang dan  jauh dari cahaya Ilahi."Ya Allah sesungguhnya aku tidak kuat untuk menempuhi dugaanMu yang sangat berat bagiku,Ya Allah aku mengaku aku telah banyak membuat kejahatan oleh itu ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa aku.Engkau kuatkanlah hati ku untuk menempuhi segala dugaan yang Engkau berikan kepada aku ini dengan sabar dan tabah."


 keadaan kereta aku yang sempat aku selamatkan dari dicuri.

bahagian cermin kereta yang pecah ditumbuk oleh aku.


 bahagian hadapan yang melanggar motosikal aku.

 kereta aku undur kebelakang dan masuk dalam longkang.Dan berlaku pergelutan dengan pencuri kereta.

 keadaan tempat kejadian yang sangat sunyi.


 abis semuanya punah.

 leher aku tercalar sikit terkena cermin kereta.

 luka dilengan aku aku telah menerima 14 jahitan kerana kejadian tu.

selepas aku membuat rawatan dan abis buat laporan polis.Dugaan hidup yang aku perlu tempuhi!!!Apa yang berlaku ada hikmahnya.....

No comments:

Post a Comment