Monday 3 November 2014

cabaran baru

Lama aku tak updates blog ini, blog ini menjadi teman aku dan tempat aku meluahkan perasaan aku. Ok lah disini aku dan cerita dekat korang semua tentang kehidupan aku. Kehidupan aku ini tak lah bagus mana pon,aku bukan artis tul tak? tak yah lah nak glamur sangat, habuk pon tak da hehehehe.....

Coretan aku kali ini adalah tentang hidup aku dalam dunia silat ini. Pada mula aku ingin bersara dalam dunia persilatan. Ini kerana  aku telah kecewa dengan segelintir orang yang tidak ambil tahu hal kebajikan pesilat dan prestasi pesilat. Diorang cuma tahu nak marah dan mengkritik saja. Tapi perlaksanaan diorang nak majukan silat ini hampeh. Maaf la kalau cakap macam nie, jika benda ini berterusan silat di malaysia ini akan hancur. Hancur ditangan bangsa sendiri yang pentingkan kepentingan peribadi dari menaikan nama negara.Tapi Disebabkan beberapa faktor aku tak jadi bersara dalam dunia silat ini, bila difikir balik dari silat ini aku naik. Takkan disebabkan beberapa individu ini aku nak bersara. Bodoh plak aku ini.

Betul cakap cikgu2 silat lama, sapa lagi nak naik kan silat kalu kita sendiri tak naikkan silat itu sendiri. Jangan fikir sangat pasal orang yang jatuhkan silat itu, mungkin belum masanya lagi. Jauh lagi perjalanan yang harus ditempuh. Sekarang ini aku dalam proses belajar menjadi jurulatih, banyak benda yang harus belajar untuk mendidik anak2 muda untuk meminati silat. Cabaran aku baru bermula. Aku berharap dapat melakunya dengan baik. Aku perlu nasihat dari kawan2 semua untuk aku boleh perbaiki diri yang baru nak berjinak2 dalam dunia kejurulatihan.

Ramai yang tanya pada aku adakah aku akan aktif balik menjadi pesilat dan menaikan nama negara lagi. Jawapan aku pada semua senang saja, aku nak rehat dulu jadi pesilat, aku nak bagi budak2 baru naik. Mungkin diluar sana ada lagi pesilat yang hebat2. Cuma diorang tak diberi peluang untuk menunjukan bakat diorang. Jika ada rezki lagi inysa Allah aku akan aktif balik. doakan lah ya. Amin
Biar buat masa ini aku nak fokus menjadi jurulatih. ^-^



Wednesday 30 April 2014

Kejuaraan Sekolah2 Kuala Lumpur









 Syukur alhamdulilah KELAB SILAT OLAHRAGA LG SMK PADANG TEMBAK KUALA LUMPUR telah memang tempat ke-2 keseluruhan di kejuaraan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur dengan memenangi 2 emas 3 perak dan 1 gangsa.Tahniah diucapkan kepada semua jurulatih yang terlibat yang tidak jemu medidik dan melatih hingga membawa kejayaan yang disangka.Dan tidak lupa juga kepada Guru-Guru penasihat dan pihak sekolah smk padang tembak kerana memberi sokongan yang tidak putus-putus kepada kelab silat olahraga lg.terima kasih sekali lagi.Semoga tahun hadapan smk padang tembak akan maju lagi.Amin

Sunday 27 April 2014

Sea Games 2013 Myanmar
















 




Disini ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada mak,abah,guru-guruku dan teman-temanku yang tidak jemu mendoakan kejayaanku dari jauh.Allah saja dapat membalasnya.Walaupun Sea Games Myanmar 2013 telah berlalu tetapi pengalaman yang aku dapat di Sea Games 2013 ini telah mengajar aku erti kehidupan sebagai seorang atlet dan seorang adik yang kehilangan abang.Ujian yang menimpa aku sebelum aku ke sea games.Baru aku mengenal orang yang ada kepentingan diri.Aku redha dengan ketentuan Allah S.W.T dengan ujian diberikan kepadaku pada 2013.Aku bersyukur walaupun sekadar GANGSA untuk team silat malaysia.Allah Maha Kaya mungkin Kali ini,Allah menangguh kemenangan aku lagi.Mungkin ada kelemahan lagi dalam diri aku yang aku lupa atau lalai.Aku berdoa semoga Allah tunjukkan aku jalan dan mengembalikan kekuatan aku.Sudah hampir 8 tahun aku dalam team silat malaysia.Banyak benda yang aku belajar sepanjang aku didalam team.Dari segi persahabatan,kerjasama pasukan,kerenah manusia yang pentingkan diri sendiri.
Semoga aku dapat kembali dan mencari kekuatan yang ada dalam diri aku ini,mudah-mudahan Allah memudahkannya..amin


Monday 3 March 2014

Menjunjung kasih Tuanku

Menjunjung Kasih Tuanku!!! 
Semoga aku dapat meningkat prestasi aku untuk tahun ini amin...