Friday, 23 March 2012

diari hidupku

Selepas pulang dari Loas 2009,kehidupan aku mula berubah sedikit demi sedikit.Kehidupan yang membawa aku ke tempat yang tidak aku sedari sehingga sekarang..Aku mula mengenali dunia cyber,aku mengenali bermacam ragam manusia didalamnya.Pada mulanya aku sekadar suka-suka untuk mengenali manusia yang bermacam karenahnya.Tetapi aku mula menyesal dengan kehidupan aku sekarang.Menyesal kerana aku banyak terpesong jauh dengan kehidupan aku yang sebenarnya.

Pada tahun 2010,aku mula membuka akaun di salah satu laman sosial,aku mula leka dengan laman sosial itu sehingga aku terjebak.Terjebak jauh dengan dunia khayalan yang membawa aku kepada kemungkaran Ilahi.Entah kemana matlamat hidup aku dulu.Pada tahun ini jugak aku mula belajar tentang kehidupan,perasaan,hasab dengki,fitnah dari manusia.Berbagai tohmahan telah aku terima,tetapi aku redha dengan dugaan ini.mungkin semua ini akan mengajar aku untuk terus matang dalam kehidupan ini.

Febuary 2010,Aku mula mengenali seorang insan yang ikhlas menyayangi diri aku dulu.Dia telah mengajar aku tentang kehidupan yang tidak aku penah tempuhi.aku ingin berterima kasih kepadanya kerana menyayangi dan menolong aku.Aku tidak menyangka pengenalan kami ini telah mengubah hidup aku.Aku pada mulanya  bahagia sangat bila aku mengenali beliau.Beliau seorang yang baik,tetapi manusia tidak lari melakukan kesalahan.Aku terus leka dengan dunia yang membawa aku kepada kelalaian.Aku ikhlas menyayangi insan ini tetapi disebabkan beberapa perkara persahabatan kami tidak panjang,mungkin ini silap aku dan aku kerana aku degil untuk mengenali lebih dekat dengan dunia khayalan ini













...........Bersambung