Lama aku tak updates blog ini, blog ini menjadi teman aku dan tempat aku meluahkan perasaan aku. Ok lah disini aku dan cerita dekat korang semua tentang kehidupan aku. Kehidupan aku ini tak lah bagus mana pon,aku bukan artis tul tak? tak yah lah nak glamur sangat, habuk pon tak da hehehehe.....
Coretan aku kali ini adalah tentang hidup aku dalam dunia silat ini. Pada mula aku ingin bersara dalam dunia persilatan. Ini kerana aku telah kecewa dengan segelintir orang yang tidak ambil tahu hal kebajikan pesilat dan prestasi pesilat. Diorang cuma tahu nak marah dan mengkritik saja. Tapi perlaksanaan diorang nak majukan silat ini hampeh. Maaf la kalau cakap macam nie, jika benda ini berterusan silat di malaysia ini akan hancur. Hancur ditangan bangsa sendiri yang pentingkan kepentingan peribadi dari menaikan nama negara.Tapi Disebabkan beberapa faktor aku tak jadi bersara dalam dunia silat ini, bila difikir balik dari silat ini aku naik. Takkan disebabkan beberapa individu ini aku nak bersara. Bodoh plak aku ini.
Betul cakap cikgu2 silat lama, sapa lagi nak naik kan silat kalu kita sendiri tak naikkan silat itu sendiri. Jangan fikir sangat pasal orang yang jatuhkan silat itu, mungkin belum masanya lagi. Jauh lagi perjalanan yang harus ditempuh. Sekarang ini aku dalam proses belajar menjadi jurulatih, banyak benda yang harus belajar untuk mendidik anak2 muda untuk meminati silat. Cabaran aku baru bermula. Aku berharap dapat melakunya dengan baik. Aku perlu nasihat dari kawan2 semua untuk aku boleh perbaiki diri yang baru nak berjinak2 dalam dunia kejurulatihan.
Ramai yang tanya pada aku adakah aku akan aktif balik menjadi pesilat dan menaikan nama negara lagi. Jawapan aku pada semua senang saja, aku nak rehat dulu jadi pesilat, aku nak bagi budak2 baru naik. Mungkin diluar sana ada lagi pesilat yang hebat2. Cuma diorang tak diberi peluang untuk menunjukan bakat diorang. Jika ada rezki lagi inysa Allah aku akan aktif balik. doakan lah ya. Amin
Biar buat masa ini aku nak fokus menjadi jurulatih. ^-^
No comments:
Post a Comment