Wednesday 30 April 2014

Kejuaraan Sekolah2 Kuala Lumpur









 Syukur alhamdulilah KELAB SILAT OLAHRAGA LG SMK PADANG TEMBAK KUALA LUMPUR telah memang tempat ke-2 keseluruhan di kejuaraan Sekolah-Sekolah Kuala Lumpur dengan memenangi 2 emas 3 perak dan 1 gangsa.Tahniah diucapkan kepada semua jurulatih yang terlibat yang tidak jemu medidik dan melatih hingga membawa kejayaan yang disangka.Dan tidak lupa juga kepada Guru-Guru penasihat dan pihak sekolah smk padang tembak kerana memberi sokongan yang tidak putus-putus kepada kelab silat olahraga lg.terima kasih sekali lagi.Semoga tahun hadapan smk padang tembak akan maju lagi.Amin

Sunday 27 April 2014

Sea Games 2013 Myanmar
















 




Disini ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada mak,abah,guru-guruku dan teman-temanku yang tidak jemu mendoakan kejayaanku dari jauh.Allah saja dapat membalasnya.Walaupun Sea Games Myanmar 2013 telah berlalu tetapi pengalaman yang aku dapat di Sea Games 2013 ini telah mengajar aku erti kehidupan sebagai seorang atlet dan seorang adik yang kehilangan abang.Ujian yang menimpa aku sebelum aku ke sea games.Baru aku mengenal orang yang ada kepentingan diri.Aku redha dengan ketentuan Allah S.W.T dengan ujian diberikan kepadaku pada 2013.Aku bersyukur walaupun sekadar GANGSA untuk team silat malaysia.Allah Maha Kaya mungkin Kali ini,Allah menangguh kemenangan aku lagi.Mungkin ada kelemahan lagi dalam diri aku yang aku lupa atau lalai.Aku berdoa semoga Allah tunjukkan aku jalan dan mengembalikan kekuatan aku.Sudah hampir 8 tahun aku dalam team silat malaysia.Banyak benda yang aku belajar sepanjang aku didalam team.Dari segi persahabatan,kerjasama pasukan,kerenah manusia yang pentingkan diri sendiri.
Semoga aku dapat kembali dan mencari kekuatan yang ada dalam diri aku ini,mudah-mudahan Allah memudahkannya..amin