Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya.Aku masih bernafas lagi.Kali ini aku ingin merumus kehidupan aku yang lepas.Tahun 2011 telah berlalu dengan pelbagai kenangan yang tidak dapat aku lupakan sepanjang kehidupan aku.Kehidupan yang mengajar aku menjadi lebih matang lagi.Kehidupan yang mengajar aku erti kejujuran,keikhlasan dan kasih sayang.
Waktu berlalu begitu pantas sehingga aku alpha dan lupa untuk menilai diri aku.Aku selalu lupa dan lalai dengan tanggungjawab aku.Banyak kesalahan aku lakukan sehingga kehidupan aku lalui ini selalu diselubung masalah.Masalah yang tidak putus-putus melanda aku,aku kehilangan insan-insan yang aku sayang,selama ini fikir akulah seorang insan yang beruntung kerana aku memiliki kebahagian dan kasih sayang.Pada tahun 2011 jugak mengajar aku erti sebuah persahabatan.Dan perhubungan kekeluargaan.kenangan paling gelap pernah aku rasai pada tahun 2011 memang terpahat dalam pemikiran aku buat selamanya.
Terpahat dan akan aku kenang buat selamanya,aku memang tidak layak untuk menyayangi mereka tetapi bagi aku mereka adalah pembakar semangat aku untuk terus berjaya di masa hadapan.Aku boleh lakukannya walaupun aku kehilangan semua.Aku tidak akan berputus asa bagi aku ini adalah Dugaan dari Allah S.W.T untuk menguji aku.Aku redha dengan semua ketentuanNya.
Aku perlu memandang kehadapan,dan aku tidak boleh menoleh ke belakang lagi.biar ia berlalu dan terpahat dalam memori silap aku.Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka.aku juga akan mendoakan semoga mereka dipermudahkan segalanya dan diberi kejayaan di masa akan datang.Aku bukan yang terbaik kepada mereka.Banyak kesalahan yang telah aku lakukan,aku ego!aku ego dengan semua hal.Keegoaan aku ini menyebabkan aku kehilangan mereka semua.
Aku telah mencipta banyak kejayaan tetapi aku tidak berjaya dalam kehidupan aku.Dimata orang aku dianggap berjaya tetapi disebalik kejayaan aku ini aku selalu diselubung masalah dan tekanan.Disebalik kesenyuman aku adalah kesedihan aku.Sepanjang 2011 juga mengajar aku erti kehidupan seorang yang bernama manusia.Disini,aku tidak boleh gambarkan jika kita menyayangi seseorang tetapi kasih sayang kita dicemari dengan berbagai masalah.Dan kejujuran itu disalah gunakan.Keikhlasan itu dimusnahkan dengan sikap pentingkan diri.Aku tidak salahkan siapa-siapa dalam keadaan ini.Semua yang berlaku ini ada hikmahnya.
Orang boleh berjanji tetapi adakah janji itu boleh ditunaikan!Bila direnungkan kembali sepanjang 2011 banyak kesalahan yang aku lakukan.Aku tidak akan mengulanginya untuk tahun 2012.Bagi aku cabaran 2012 adalah cabaran yang paling mencabar.aku tidak tahu apa yang akan berlaku.Adakah tahun 2012 adalah penamat bagi hidup aku.Siapa tahukan.Jika ditakdirkan tahun 2012 adalah tahun terakhir bagi aku.Aku redha dengan seadanya.Aku berakhir,Aku hendak melihat orang yang aku sayang dulu berjaya dalam pelajaran mereka.Semoga memperolehkan kebahagian yang berkekalan.
"Ya Allah Banyak kesalahan yang aku lakukan OLeh itu Ya Allah Engkau ampunkanlah dosa-dosaku,dosa kedua ibubapa aku,abang-abang aku,kakakku,adik-adikku,guru-guru ku dan orang yang aku penah sayangi dulu.Aku berharap Engkau berikan kepada kami kehidupan yang lebih baik dari tahun sebelum ini.Harap tahun ini membuka lebaran yang baru baru bagi kami.Engkau panjangkanlah umur kami dan berikan kami pertunjukkan kepada jalan keredhaan Mu.Amin ya Robalalamin."
No comments:
Post a Comment