Wednesday, 18 September 2013

Open Uzbekistan 2013





    



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana beri aku kemenangan lagi di open uzbekistan pada 4 sept sehingga 12 sept 2013.Aku memohon agar aku diberi kekuatan dan kepandaian lagi untuk bertanding di Sea Games 2013 Myanmar.Aku pohon agar kekawan mendoakan kejayaan aku nanti.Amin

"Ya Allah bantulah aku berikanlah aku kekekuatan,keberanian dan kepandaian untuk berlawan dan jangan lah Engkau kunci segala pergerakan aku semasa aku berlawan nanti.Bantulah aku untuk mengekalkan kejuaraanku.Hanya kepada Engkau aku memohon dan hanya kepada Engkau sajalah aku meminta....Amin ya robalamin!!"

Open Pencak Silat Ho Chi Minh,Vietnam












Alhamdulillah kepada hadrat Allah S.W.T dengan limpah rahmatNya aku dan Team silat Malaysia dapat menjulang kemenangan di kejohanan Terbuka Ho chi Minh Pencak Silat vietnam.Kejohanan berlangsung pada bulan Ogos,walaupun beberapa hari lepas raya.Alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk memenangi kejohanan ini.Aku berharap dapat kekalkan prestasi aku di Sea Games 2013 Myanmar.Amin!!

Tuesday, 9 July 2013

Monday, 1 July 2013

4 South East Asian Pencak Silat Championships ( Pra Sea Games Myanmar )

4 South East Asian Pencak Silat Championships 24-27 Jun 2013 Myanmar...
















Pertama kali aku ingin mengucap syukur ke hadrat Ilahi tanpa rahmatNya aku tidak akan berjaya di kejohanan Pra Sea Games di Myanmar baru-baru ini.Di kejohanan ini aku banyak kelemahan aku temui.kalau aku tidak training betul-betul kemungkinan aku tidak akan berjaya di Sea Games Myanmar.Banyak negara dah kuat,aku perlu bangun dan tidak boleh pandang sebelah mata lagi.Lagi  6 bulan untuk menghadapi temasya Sea Games.Aku mohon kawan-kawan semua mendoakan aku.

"Ya Allah bantulah aku berikanlah aku kekekuatan,keberanian dan kepandaian untuk berlawan dan jangan lah Engkau kunci segala pergerakan aku semasa aku berlawan nanti.Bantulah aku untuk mengekalkan kejuaraanku.Hanya kepada Engkau aku memohon dan hanya kepada Engkau sajalah aku meminta....Amin ya robalamin!!"

Monday, 27 May 2013

perjuangan yang belum selasai....

Perjuangan yang belum selesai....
Itu ungkapkan ucapan dari mantan PM Malaysia "Tun Mahathir Mohamad".Bagi aku ungkapan ini selalu bermain di fikiran aku.Sejak kekalahan aku di kejohanan dunia yang lepas.Ia menjadi satu iktibar buat dari aku yang selalu leka dengan kejayaan aku kecapi selama ini.Aku lalai dengan kejayaan aku sehingga aku lupa dari mana aku datang!

Perjuangan aku belum selesai!! Jika aku lalai lagi,aku mungkin  menempah kegagalan di kejohanan Sea Games 2013 Myanmar.Banyak benda yang harus aku perlu perbaiki dari segi fizikal dan mental.Aku selama ini lalai nikmat dan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada aku.Aku sering lalai dan melawan arus.Aku lupa sekarang ini aku adalah Atlit.Aku tidak perlu memasuk campur dalam pentadbiran.Aku ingin mohon maaf atas kesilapan aku ini kepada pihak yang berkenaan.Mungkin jiwa muda ini memberontak atas ketidak seimbangan pentadbiran yang ada.

Perjuangan yang belum selesai dan maruah aku perlu di tebus kembali.Aku memohon kepada Ilahi semoga aku dipermudahkan segalanya,Amin.
Ya Allah ya Tuhanku,aku memohon kehadrat Mu ya Allah semoga Engkau bantulah aku dikejohan Sea Games 2013,Engkau permudahkanlah jadual perlawanan aku dan Engkau bantulah aku didalam gelanggang nanti,berikanlah aku kepandaian semasa aku berlawan nanti dan janganlah Engaku kunci segala pergerakan aku semasa aku berlawan.Hanya kepada Engkau aku memohon dan meminta.Semoga Engkau beri kemenangan kepada team silat malaysia.Amin ya robalalamin...inysa ALLAH.


Terbuka Belgium 2013











Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana memberi aku kemenangan buat kali ke 4 di Kejohanan Terbuka Belgium pada tahun 2013.Aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada jurulatih2,pihak pengurusan Pesaka,MSN Malaysia dan ISN Malaysia.Kerana tanpa sokongan mereka aku tak akan ada ditempat sekarang ini.Tinggal lagi sebulan untuk aku menghadapi ujian yang amat gentir di pra Sea Games 2013 Myanmar.Aku perlu bangun dari kekalahan yang lepas.Insya Allah.

Thursday, 4 April 2013

4 hang kena tipu....APTB



Persembahan PSSLM untuk metro minggu,pertama kali aku kena belasah tapi aku puas!!