Perjuangan yang belum selesai....
Itu ungkapkan ucapan dari mantan PM Malaysia "Tun Mahathir Mohamad".Bagi aku ungkapan ini selalu bermain di fikiran aku.Sejak kekalahan aku di kejohanan dunia yang lepas.Ia menjadi satu iktibar buat dari aku yang selalu leka dengan kejayaan aku kecapi selama ini.Aku lalai dengan kejayaan aku sehingga aku lupa dari mana aku datang!
Perjuangan aku belum selesai!! Jika aku lalai lagi,aku mungkin menempah kegagalan di kejohanan Sea Games 2013 Myanmar.Banyak benda yang harus aku perlu perbaiki dari segi fizikal dan mental.Aku selama ini lalai nikmat dan kelebihan yang diberikan oleh Allah kepada aku.Aku sering lalai dan melawan arus.Aku lupa sekarang ini aku adalah Atlit.Aku tidak perlu memasuk campur dalam pentadbiran.Aku ingin mohon maaf atas kesilapan aku ini kepada pihak yang berkenaan.Mungkin jiwa muda ini memberontak atas ketidak seimbangan pentadbiran yang ada.
Perjuangan yang belum selesai dan maruah aku perlu di tebus kembali.Aku memohon kepada Ilahi semoga aku dipermudahkan segalanya,Amin.
Ya Allah ya Tuhanku,aku memohon kehadrat Mu ya Allah semoga Engkau bantulah aku dikejohan Sea Games 2013,Engkau permudahkanlah jadual perlawanan aku dan Engkau bantulah aku didalam gelanggang nanti,berikanlah aku kepandaian semasa aku berlawan nanti dan janganlah Engaku kunci segala pergerakan aku semasa aku berlawan.Hanya kepada Engkau aku memohon dan meminta.Semoga Engkau beri kemenangan kepada team silat malaysia.Amin ya robalalamin...inysa ALLAH.
No comments:
Post a Comment