Friday, 4 October 2013

bangun 2

Bangun dari kekalahan...

motivasi yang aku dapat pada hari ini adalah fikir kemenangan yang paling terbaik sepanjang penglibatan dalam arena sukan.Banyak input yang dapat sepanjang sehari dalam kem motivasi bersama Majlis Sukan Negara Malaysia.

Terima kekalahan satu guru yang  berguna untuk berjaya lagi.Berusaha dan terus berusaha.Kaji kembali kelebihan dan kekurangan yang ada dalam diri.Jangan mudah berputus asa!!
Bangun!! jangan terus terlena lagi.Jangan takut mencuba.Fikir yang indah-indah.Jangan fikir yang negetif dalam diri itu.

Letakkan semangat seiring dengan matlamat.Ada saja matlamat tidak berguna jika kita tiada semangat untuk maju kehadapan.Meletakkan matlamat kita kehadapan.Catit apa yang perlu buat.Jangan sekadar hebat berkata-kata.Didik diri supaya bangun dan berusaha untuk mencapai apa yang kita idamkan dalam kehidupan sebagai seorang atlit.Laksakannya sekarang.Jangan tunggu untuk tempoh masa yang panjang.Laksanakannya sekarang juga.Kamu boleh lakukan!! kamu boleh!! tanamkan semangat BOLEH!! dalam diri ini.inysaAllah apa yang kita lakukan boleh berjaya.Amin



Bangun MOHD FAUZI KHALID...
apa matlamat yang ada dalam diri kamu sekarang.Jangan kamu lalai lagi.Kali ini kamu perlu pikul amanah yang berat iaitu Bawa Nama Negara ke Kejohananan Sea Games Myanmar 2013.Lakar lagi sejarah untuk MALAYSIA!!!
Lupa sejarah hitam yang menghantui kamu sekarang ini.BANGUN!!!
Teruskan usaha kamu lagi.
BERUSAHA<BERDOA<BERTAWAKAL!!

Thursday, 26 September 2013

bangun

Pengalaman mengajar aku erti kedewasaan,Pengalaman juga mengajar aku erti kehidupan.Hakikatnya bukan senang untuk menempuhi segala dugaan.Kekadang aku kecewa dengan sikap manusia yang mempunyai kepentingan sendiri.Manusia yang menggunakan orang lain untuk mendapat kuasa dan kepentingan sendiri.Apabila sihat kita digunakan,apabila sakit jasa kita yang lepas dilupakan begitu saja.

Pada tahun ini aku akan menempuhi satu kejohanan besar di Myanmar.Adakah aku dapat menempuhinya? Aku sangat risau sebab luka pada 2012 tidak sembuh lagi dalam ingatan aku.Luka yang mengajar aku erti kekalahan.dan bangun dari kekalahan.Aku berharap dapat menempuhnya dengan lancar. Sekarang baru aku paham apa itu kekalahan.Aku perlu buktikan kepada semua yang aku dapat melakukannya. Aku adalah aku! aku perlu berjuang untuk maruah aku sendiri dan negara aku. Aku bukan berjuang untuk individu yang mahukan kepentingan sendiri. Erti yang sebenar adalah "Fight for money". Bohong la kalau bercakap untuk maruah negara.Sekarang aku dapat tengok semua orang berjuang bukan untuk maruah diri sendiri tapi adalah untuk duit!

Jika dikenangkan kembali sejarah dulu,kejayaan seseorang adalah dengan hasil usaha keras diri yang tidak kenal erti penat.Ia akan terus usaha dan terus usaha.Tapi sekarang benda seperti ini dah tiada.Semua adalah lakonan semata-mata.

Hari ini aku mendapat lagi satu tamparan.Bila kita keadaan sakit kita disuruh buat latihan dan cakap bila di hari pertandingan yang sebenar apabila masuk final dan deman,dia akan paksa kita berlawan tapi apabila kalah,alasan kita yang akan mendapat cacian dan hinaan.Itulah hakikat, individu yang mempunyai kepentingan diri sendiri.Melatih bukan untuk menaik semangat tapi melatih untuk duit poket sendiri dan untuk mendapat nama.Itulah hakikatnya manusia sekarang bukan ikhlas untuk melakukan kerja.Aku masih ingat kata beliau "kebajikan  perlu diutamakan" kata-kata hanya tinggal kata-kata sahaja.

Aku perlu bangun dari kekalahan dan mencari kembali semangat yang telah lama hilang.Aku perlu kuat dan perlu buktikan bahawa MOHD FAUZI KHALID.Boleh melakukan yang terbaik.Walaupun dalam hati aku ini luka 2012 masih lg berdarah dan aku akan kenangan buat selama-lamanya.

"Ya Allah Ya Tuhanku,Kuatkanlah semangatku untuk aku menempuhi segala dugaan yang mendatang.Ya Allah Ya Tuhanku, pulihkan lah kekuatan dan Engkau tenangkanlah hati aku ini.Berikanlah aku kejayaan didunia dan di akhirat.Amin ya robalalamin!!"

BUKTIKAN ENGKAU BOLEH FAUZI!!! "SEKALI JUARA SELAMANYA JUARA..<AMIN>


Sunday, 22 September 2013

Demo silat Lincah hari sukan Smk Padang Tembak,Kuala Lumpur

















Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia SMKPT telah ditubuhkan pada bulan Febuari 2013,Saya di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pihak Sekolah SMKPT kerana memberi kepercayaan dan komitmen yang tinggi kepada saya untuk melatih pelajar2 di sekolah SMKPT ini.Dan tidak lupa juga kepada jurulatih kanan PSSLM yang telah memberi kerjasama yang tidak berbelah bagi.Saya berharap Gelanggang SMKPT kekal untuk tempoh masa yang panjang.InysaAllah







Wednesday, 18 September 2013

Open Uzbekistan 2013





    



Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana beri aku kemenangan lagi di open uzbekistan pada 4 sept sehingga 12 sept 2013.Aku memohon agar aku diberi kekuatan dan kepandaian lagi untuk bertanding di Sea Games 2013 Myanmar.Aku pohon agar kekawan mendoakan kejayaan aku nanti.Amin

"Ya Allah bantulah aku berikanlah aku kekekuatan,keberanian dan kepandaian untuk berlawan dan jangan lah Engkau kunci segala pergerakan aku semasa aku berlawan nanti.Bantulah aku untuk mengekalkan kejuaraanku.Hanya kepada Engkau aku memohon dan hanya kepada Engkau sajalah aku meminta....Amin ya robalamin!!"

Open Pencak Silat Ho Chi Minh,Vietnam












Alhamdulillah kepada hadrat Allah S.W.T dengan limpah rahmatNya aku dan Team silat Malaysia dapat menjulang kemenangan di kejohanan Terbuka Ho chi Minh Pencak Silat vietnam.Kejohanan berlangsung pada bulan Ogos,walaupun beberapa hari lepas raya.Alhamdulillah aku diberi kekuatan untuk memenangi kejohanan ini.Aku berharap dapat kekalkan prestasi aku di Sea Games 2013 Myanmar.Amin!!

Tuesday, 9 July 2013

Monday, 1 July 2013

4 South East Asian Pencak Silat Championships ( Pra Sea Games Myanmar )

4 South East Asian Pencak Silat Championships 24-27 Jun 2013 Myanmar...
















Pertama kali aku ingin mengucap syukur ke hadrat Ilahi tanpa rahmatNya aku tidak akan berjaya di kejohanan Pra Sea Games di Myanmar baru-baru ini.Di kejohanan ini aku banyak kelemahan aku temui.kalau aku tidak training betul-betul kemungkinan aku tidak akan berjaya di Sea Games Myanmar.Banyak negara dah kuat,aku perlu bangun dan tidak boleh pandang sebelah mata lagi.Lagi  6 bulan untuk menghadapi temasya Sea Games.Aku mohon kawan-kawan semua mendoakan aku.

"Ya Allah bantulah aku berikanlah aku kekekuatan,keberanian dan kepandaian untuk berlawan dan jangan lah Engkau kunci segala pergerakan aku semasa aku berlawan nanti.Bantulah aku untuk mengekalkan kejuaraanku.Hanya kepada Engkau aku memohon dan hanya kepada Engkau sajalah aku meminta....Amin ya robalamin!!"