Thursday, 17 January 2013

Pengajaran hidup

Kehidupan manusia mesti ada naik turunnya.Pengalaman mengajar kita supaya menjadi lebih matang lagi.Didalam sukan kalah menang itu adat.Tetapi bila kalah,kita akan merasa pahitnya,Macam-macam tohmahan dan cerca akan dapat.Apa jasa yang lalu tidak akan dikenang lagi.Manusia akan melihatnya benda-benda yang akan menguntungkannya sahaja.Walau macam mana pon kehidupan perlu diteruskan.Bangun dari kekalahan adalah lebih baik dari melihat kelebihan diri sendiri.Aku perlu buktikan aku adalah yang terbaik dari yang baik.Aku tidak boleh berputus asa.Kalah sekali tidak semestinya kalah selamanya.

Walaupun tahun ini membawa cabaran yang baru bagi aku,aku tidak boleh melupakan peristiwa yang berlaku di Kejohanan Dunia yang lepas.Ia akan tersemat didalam hati aku buat selamanya.Peristiwa yang hitam.Cercaan,makian tuduhan dan berbagai lagi.Aku bersyukur kepada Ilahi kerana memberi ujian yang sebegitu besar dalam hidup ini.Dan ia mengajar aku menjadi matang dan mengenali hati manusia,segenlintir orang yang suka mengambil kesempatan,dan pandang kelebihan orang sahaja!!

Cabaran utama aku di tahun ini adalah di Kejohanan OIC di Riau,Indonesia.Kejohanan South East Asian,Pahang.Kejohanan SEA GAMES MYANMAR.Aku perlu buktikan,aku bukan lemah dan banyak mulut.Aku akan buktikan!!! Tahun ini juga elaun latihan aku diturunkan.ini semua dugaan aku,ia akan membuat aku lebih matang dan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang.Orang tidak akan menolong kita tapi kita perlu bangun dan terus usaha dan usaha.Inysa ALLAH mesti ada jalan.

"Ya Allah Engkau jauhilah aku daripada fitnah,asad dengki manusia dan Engkau jauhilah aku musibbah yang berpanjangan.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Amin Ya Allah."


No comments:

Post a Comment