Thursday, 4 April 2013

Persahabatan 4 penjuru














Persahabatan 4 penjuru MYANMAR,MALAYSIA,INDONESIA,THAILAND bagi persiapan awal ke SEA GAMES MYANMAR 2013 pada DISEMBER nanti.Dipersahabatan ini banyak kelemahan yang aku perlu perbaiki lagi untuk aku.Aku perlu bangun dari tidur yang panjang.Aku perlu kerja kuat untuk berjaya.

Monday, 11 March 2013

Kenangan dari Istana Negara


JURULATIH GOMBAK PSSLM BERSAMA PELANCONG DARI MEXICO!!



JURULATIH GOMBAK PSSLM BERSAMA GELANGGANG SETIAWANGSA



SAYA BERSAMA ANAK DIDIK KESAYANGAN SAYA DARI GELANGGANG SMK PADANG TEMBAK!!

Pesrsembahan yang terbaik untuk kali pertama..


                              








                           



 PERSEMBAH DI ISTANA NEGARA OLEH PERTUBUHAN SENI SILAT LINCAH MALAYSIA !!
Terkasih kepada Kelab Gombak dengan kerjasama anda semua menjayakan persembahan ini.



Thursday, 7 February 2013

pengambaraan untuk montaj MPM









Akhirnya terjadilah satu pengerakan...terima kasih Cikgu Johari Jantan telah mengajar saya bermain senjata.

Thursday, 17 January 2013

Pengajaran hidup

Kehidupan manusia mesti ada naik turunnya.Pengalaman mengajar kita supaya menjadi lebih matang lagi.Didalam sukan kalah menang itu adat.Tetapi bila kalah,kita akan merasa pahitnya,Macam-macam tohmahan dan cerca akan dapat.Apa jasa yang lalu tidak akan dikenang lagi.Manusia akan melihatnya benda-benda yang akan menguntungkannya sahaja.Walau macam mana pon kehidupan perlu diteruskan.Bangun dari kekalahan adalah lebih baik dari melihat kelebihan diri sendiri.Aku perlu buktikan aku adalah yang terbaik dari yang baik.Aku tidak boleh berputus asa.Kalah sekali tidak semestinya kalah selamanya.

Walaupun tahun ini membawa cabaran yang baru bagi aku,aku tidak boleh melupakan peristiwa yang berlaku di Kejohanan Dunia yang lepas.Ia akan tersemat didalam hati aku buat selamanya.Peristiwa yang hitam.Cercaan,makian tuduhan dan berbagai lagi.Aku bersyukur kepada Ilahi kerana memberi ujian yang sebegitu besar dalam hidup ini.Dan ia mengajar aku menjadi matang dan mengenali hati manusia,segenlintir orang yang suka mengambil kesempatan,dan pandang kelebihan orang sahaja!!

Cabaran utama aku di tahun ini adalah di Kejohanan OIC di Riau,Indonesia.Kejohanan South East Asian,Pahang.Kejohanan SEA GAMES MYANMAR.Aku perlu buktikan,aku bukan lemah dan banyak mulut.Aku akan buktikan!!! Tahun ini juga elaun latihan aku diturunkan.ini semua dugaan aku,ia akan membuat aku lebih matang dan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang.Orang tidak akan menolong kita tapi kita perlu bangun dan terus usaha dan usaha.Inysa ALLAH mesti ada jalan.

"Ya Allah Engkau jauhilah aku daripada fitnah,asad dengki manusia dan Engkau jauhilah aku musibbah yang berpanjangan.Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Amin Ya Allah."


Monday, 10 December 2012

ibu

Apa yang anda akan berfikir jika anda lihat makcik itu? Serius bila saya pandang makcik itu airmata saya mengalir dengan sendiri.Sedih dan pilu itu yang saya boleh beritahu anda semua.Makcik itu walaupun dah tua tapi beliau menggunakan tenaga yang tidak berapa untuk berkerja ditengah panas untuk mencari sesuap nasi.Dimana anak-anak beliau?Persoalanan ini tertanya-tanya dalam hati kecil saya dan saya tiba-tiba terkenang ibu saya.Ibu saya pon seorang pencuci seperti makcik ini.Ibu saya kuat berkerja sehingga umur dia mencecah 57 tahun.Pengorbanan seorang ibu yang sangat besar dan ia tidak boleh dibalas dengan wang ringgit.Disini saya ingin menasihati diri saya sendiri dan semua yang membaca hargailah jasa kedua ibubapa kita,jangan abaikan mereka seronokkan hati mereka dan jangan biarkan mereka merana dan menangis dengan perangai kita.Wang ringgit boleh dicari tetapi ibubapa adalah benda yang paling berharga!!

sekadar pesanan untiuk diri:

Aku mempunyai pasangan hidup...
Saat-ku senang aku selalu cari Pasangan-Ku,
Saat-ku susah aku akan mencari Ibu..
Saat-ku berjaya&sukses aku akan menceritakan pada pasangan-Ku,
Saat-ku gagal aku akan menceritakan pada Ibu..
Saat-ku bahagia akan aku peluk erat pasangan-ku,
Saat-ku sedih akan aku cari dan peluk erat Ibu..
Saat menyambut 'hari kekasih' selalu akan aku berikan hadiah kepada pasangan-Ku,
Saat menyambut 'Hari IBU' satu pesanan mahupun hadiah ku berikan kepada Ibu...

Selalu aku ingatkan pasangan-ku,
Selalu Ibu yang ingatkan aku..
Setiap saat aku akan call pasangan-ku,
Kalau ingat baru aku akan call ibu..
Selalu aku akan belikan hadiah untuk pasangan-ku,
Entah bila akan aku berikan hadiah untuk ibu...

Renungkanlah:
"kalau kau sudah habis belajar dan kerja...."
bolehkah kau kirimkan wang untuk ibu?
"Ibu tidak minta banyak..lima puluh sebulan pun cukuplah..."
Berderai airmata jika kita mendengarnya..
tapi bila ibu terlantar sakit!!
'Berapa banyak yang sanggup menyuapkan Ibunya?'
'Berapa banyak yang sanggup melap muntah Ibunya?'
'Berapa banyak yang sangguo mengantikan lampin Ibunya?'
'Berapa banyak yang sanggup membersihkan najis Ibunya?'
'Berapa yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis Ibunya?'
'Berapa banyak yang sanggup berhenti kerja semata-mata kerana untuk menjaga Ibunya?'

Dan akhirnya sekali Berapa banyak yang sembahyangkan JENAZAH ibunya!!!!
SAYANGILAH IBUMU SELAGI IA MASIH ADA.....

Mohon maaf jika gambar ini menimbulkan kemarahan individu tertentu.Ini adalah sekadar renungan kepada diri ini yang sering lalai untuk menunaikan tanggungjawab sebagai anak!!

Monday, 26 November 2012

?

Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan kepada rakan-rakan seperjuanganku kerana mereka telah memenangi Kejohanan Silat Dunia 2012 dan mengharumkan nama negara.Walaupun aku berasa bergembira tetapi hati aku sungguh sedih sekali kerana tidak dapat menaikkan maruah negaraku.

Banyak pengalaman aku dapat sepanjang kejohanan.Pengalaman yang tidak akan aku lupakan dalam sejarah hidup aku.Pengalaman  yang mengajar aku untuk lebih matang dan terus maju kehadapan.Jatuh bangunnya seseorang itu adalah dengan hasil usahanya sendiri.Penghinaan dan bermacam lagi kutukan bila kita kalah.Aku redha,redha dengan ketentuan yang Maha Esa.Tentu ada hikmah disebalik kekalahan aku kali ini.

Tahun 2012 tidak akan datang lagi biarlah ia berlalu.Akan aku ingat sampai bila-bila dan ia akan menjadi guru aku yang paling terbaik.Ia akan mangajar aku untuk berusaha lagi keras untuk membuktikan aku adalah yang terbaik diantara yang terbaik di masa akan datang!InysaAllah jika di izinkan Allah aku akan membuktikan kepada segenlintir yang tidak suka dekat aku.Azam aku pada kejohanan akan datang akan aku tebus kembali maruah aku.Itu janji aku.InysaAllah jika aku diberi peluang sekali lagi.Aku akan buktikan kepada semua.

Tanggungjawab yang tidak dapat aku laksanakan dengan sebaik mungkin.Sedih bila semua orang bergembira meraikan kemenangan masing-masing.Bagi aku ingin adalah cabaran yang perlu aku tempuh.Maaf aku sudah tidak seperti dulu.Aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab aku dengan sempurna.Maafkan aku


SABAR ITU INDAH!!