Wednesday, 21 November 2012

kekalahan

Kalah tidak bererti kalah selamanya.kali ini dikejohanan Silat dunia,Chang Rai,Thailand 2012.Aku telah kecundang dengan vietnam di pusingan awal kejohanan silat dunia 2012.Aku redha dengan ketentuan dan takdir Ilahi.Tapi sangat kecewa dengan sesetengah pihak yang bersikap pentingkan diri sendiri."Bila kita menang kita disanjung tapi bila kita kalah,kita di hina dan lupa segala sumbangan kita sebelum ini". itulah sikap manusia.Aku akan kenang perbuatan segelintir orang yang berkepentingan ini.Walau macam mana pon aku perlu terima dengan redha.Apa yang kita impikan tidak selalunya indah.Kekadang pahit yang perlu kita telan juga.

Hakikatnya aku perlu menerima kritikan itu sebagai satu perangsang untuk aku bangun semula agar aku tidak dihina lagi.Ini maruah aku,Maruah yang perlu dibersihkan,bila difikirkan kembali pengorbanan aku selama ini hanyalah sia-sia.Kerana kepentingan segelintir manusia yang hendak melepaskan leher sendiri,aku menjadi mangsa keadaan.Aku tidak mahu menyalahkan sapa-sapa diataskan kekalahan aku tapi disini aku ingin meluahkan isi hati yang menjadi racun dalam diri ini.

Di kejohanan Dunia kali ini aku memang tidak mensasarkan apa-apa pingat kerana aku belum bersedia untuk mengadapinya.Mungkin ada beberapa aspek yang mungkin menjadi punca kekalahan aku kali ini.Aspek yang paling besar adalah masalah kaki aku yang sakit dan masalah keluarga yang membebankan kepala otak aku.Entahlah kalau di ikutkan aku tidak mahu bertanding tapi bila difikirkan balik,Aku rasa betul-betul menyesal kerana aku tidak dapat mengasingkan masalah aku ini.Aku berasa malu kerana aku telah mengkecewakan pelbagai pihak dan memalukan maruah negara aku.Aku kalah!!

Sebelum berlawan aku dah kalah dengan diri aku sendiri.Aku tidak boleh leka selepas ini.Jika aku diberi peluang untuk mewakili malaysia,aku akan buktikan aku bukan menang dengan bantuan orang.Aku mahu kemenangan aku itu bermaruah.Aku tahu ramai saja orang diluar sana bercakap "kalau tanpa bantuan diorang aku mungkin tidak menang".Aku akan buktikan tanpa mereka,aku boleh berjaya.Allah sentiasa bersama hambaNya yang sabar.

Laungan "SEKALI JUARA SELAMANYA JUARA!!". akan aku pegang untuk aku bangun dari kekalahan ini.Aku hendak mengembalikan maruah aku yang telah jatuh.Dan aku tahu ramai saja yang mendoakan kekalahan aku ini.Dan mungkin gembira atas kekalahan aku di CHANG RAI ini.Aku berdoa agar Allah menguatkan kekuatan dan semangat aku kembali.

BANGUN DARI TIDUR "MOHD FAUZI KHALID!!!!".buktikan dekat orang yang tidak suka dekat engkau yang boleh menang!!




Sunday, 21 October 2012

Tempat pertandingan silat dunia chang rai,Thailand



















Ya Allah bantulah aku dan pasukan silat malaysia untuk mengadapi kejohanan silat dunia nnti,permudahkanlah jadual perlawanan kami dan janganlah Engkau kunci pergerakan kami semasa kami berlawan nnti..Hanya kepada Engkau kami berdoa dan memohon pertolongan..Amin ya Allah


Friday, 5 October 2012

chang rai 2011

Isnin ini pada 8/10/2012 aku akan berangkat ke Chang Rai,Thailand untuk persahabatan dengan team silat Thailand bagi persiapan aku dan team silat malaysia untuk menghadapi kejohanan silat dunia pada november nanti..Tetiba aku teringat kenangan aku disana,pada tahun lepas kami kesana untuk latihan persahabatan.


Pada malam 11 ogos 2011 aku menyambut hari lahir sahabat aku Hafiz Mahari yang ke 24 tahiun.

semangat sepasukan kami cukup kuat disana.Dan tidak lupa dugaan kami untuk mengadapi kejohan sea games 2011 di Indonesia.

 Walaupun kami semua diberi tekanan yang hebat,kami tetap boleh melakukan yang terbaik pada team silat malaysia.

kenangan aku sepanjang dalam latihan di chang rai,banyak mengajar aku erti semangat sepasukan.

Hafiz Mahari adalah sahabat aku didalam team silat malaysia.sekarang beliau sibuk dengan keluarga beliau.Aku doakan beliau dapat menempuh alam kekeluarga dan dimudah segala urusan beliau.inysaAllah

Aku berharap team silat malaysia dapat menempuh dugaan pada tahun ini,walaupun banyak masalah yang ada di dalam team malaysia sekarang ini. Harapan aku semoga semangat mereka tidak akan pudar.Aku sekarang didalam dilema untuk menghadapi Kejohanan Silat Dunia di Chang Rai pada november ini.Aku berharap dapt memulihkan semangat aku untuk berlawan nanti.Aku memohon kekawan mendoakan aku semoga aku dapat mengekalkan kejuaraan dan berjaya di kejohanan silat dunia pada tahun ini.

Ya Allah ya Tuhanku,aku memohon kehadrat Mu ya Allah semoga Engkau bantulah aku dikejohan silat dunia,Engkau permudahkanlah jadual perlawanan aku dan Engkau bantulah aku didalam gelanggang nanti,berikanlah aku kepandaian semasa aku berlawan nanti dan janganlah Engaku kunci segala pergerakan aku semasa aku berlawan.Hanya kepada Engkau aku memohon dan meminta.Semoga Engkau beri kemenangan kepada team silat malaysia.Amin ya robalalamin...inysa ALLAH.

Tuesday, 2 October 2012

pengalaman

Pengalaman mengajar kita erti kehidupan!,waktu pula mengajar manusia menghargai sesuatu!setiap kejadian mesti ada hikmahnya.Allah Maha Adil.Kekecewaan demi kekecewaan telah mengajar aku erti kehidupan.Kekecewaan juga mengajar aku menjadi seorang yang matang dan berfikiran jauh.Dulu aku sangat mudah untuk menyayangi seseorang,tapi sekarang hati aku tidak akan mudah untuk menyayangi.

Aku baru sedar,lebih baik menyayangi diri sendiri sebelum menyayangi orang lain.Kerana menyayangi orang yang belum tentu ikhlas ia akan menyayangi kita.Zaman sekarang orang akan menyayangi kita jika berharta.Dan ramai orang akan dekat dengan kita.itulah hakikat kehidupan yang perlu kita tempuh.

Aku sekarang ingin keluar dari dunia yang membawa aku kepada kehancuran.Kehidupan yang melalaikan aku dari segalanya.Hati aku tidak tenang dan tenteram.Selalu hidup dalam kegelisahan.Hati aku tidak kuat untuk menolak segala nafsu muda aku yang bergelora.Sudah hampir 3 tahun kehidupan aku penuh dengan titik-titik hitam yang mengotorkan hatiku.pada mulanya sekadar suka-suka sekarang ia sudah menjadi barah untuk hati aku ini.

Ia mengajar aku,mengajar aku erti kawan dan lawan.Dan kehidupan penuh kepuraan.Jika diberi peluang untuk mengundur masa,Aku tidak mahu mengenali dunia yang aku kenal sekarang.Apa yang aku kesal sekarang,aku  sudah jauh terpesong dari kehidupan yang sebenar.Kehidupan untuk berbakti kepada ibu,ayah dan pada negara.

Masa begitu pantas berlalu,Aku sekarang ini menjadi seorang tidak ada matlamat dalam hidup.matlamat yang mengikut hati yang kotor.Aku semakin lemah,semakin lemah untuk menempuh segala.Aku betul-betul rindukan insan yang bernama MOHD FAUZI KHALID.dimana dia berada sekarang,seorang yang insan yang ada matlamat dan cita-cita.

“Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan atas ketaatan kepada-Mu”. 


Monday, 1 October 2012

terkenang

Aku teringat kenangan-kenangan yang dulu tentang sebuah kehidupan yang mengajar aku erti segalanya.Sekadar untuk mencari kawan tetapi tidak sangka aku telah berjalan nun jauh kehadapan.Bila di fikirkan balik aku tidak boleh berpatah balik.Aku perlu melangkah dan terus melangkah kehadapan.

Kehidupan yang mengajar aku erti sebuah perhubungan,kesedihan dan kebahagiaan.Semua orang tidak akan terlepas dari dugaan.Bukan senang untuk mencari sahabat yang sejati yang boleh menangis bersama.2 tahun ini telah mengajar aku erti sebuah persahabatan.Aku pun bukan baik sangat,kehidupan aku sekarang ini hanya untuk mencari keseronokan saja.Aku sedar bila aku berkawan,aku akan lupakan bila aku ada kawan yang baru.Entahlah apa yang aku carikan selama ini.

Kesoronakan,Sahabat.Apa yang aku perlukan? susah hendak ungkapkan jika nafsu menjadi panduan hidup aku.Nafsu yang bermaharajalela di hati aku.Sekarang ini aku menberanikan diri untuk melangkah lebih jauh dari sifat sebenar aku.Ikhlas aku rindu kehidupan aku yang dulu.Kehidupan yang tidak memikir sesiapa pon dan seronok dengan kehidupan itu.

Tetapi sekarang aku dapat memikir siapa yang boleh buat kawan dan siapa yang
 kawan di kedai makan.Banyak keburukan yang dapat lihat didalam persahabatan ini.Inilah lumrah dalam kehidupan.Sejauh mana dugaan itu datang aku perlu tempuhinya,dan aku tidak perlu lari.

 dimana senyuman yang mengubati kedukaanku!!


selalu memikir apa yang aku hendak dalam hidup iNI!!

Apa yang kita idamkan tidak selalunya kita akan dapat.Kita kena terima apa jua yang datang,Sekarang aku perlu bangun semula untuk menempuh kehidupan yang kian mencabar.Aku perlu lebih matang memilih jalan yang betul,Dan perlu berjalan tanpa menoleh kebelakang lagi.

Monday, 20 August 2012

Bangkit Daripada Kegagalan


Bangkit Daripada Kegagalan


Seseorang yang gagal dalam cubaan pertama mesti belajar daripada kesilapan dan membaikinya.



KEINGINAN untuk berubah tetap ada dalam diri seseorang. Memang ramai orang yang gagal mencapai kejayaan tetapi mereka terus berusaha.


Cuba renungkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah bantuan (untuk menghadapi kesusahan dalam menyempurnakan perintah Tuhan) dengan sabar dan mengerjakan solat." - (Surah al-Baqarah: 153)

Ketika sedih, hampa, sakit hati, takut dan risau, inilah masanya kita perlu bangkit dengan segera dan bersolat. Apa yang diperlukan pada masa itu adalah ketenangan jiwa. Dan solat merupakan penyejuk hati dan pembuka kebahagiaan.

Apabila semangat semakin luntur dan kita tidak tahu ke mana hendak dituju, duduklah sebentar dan fikirkan kembali apa yang kita telah lakukan.Elok juga kalau kita belajar daripada kisah seekor keldai yang hampir mati tertimbus.

Di sebuah kampung di pedalaman, keldai merupakan harta penting untuk petani. Suatu hari, seorang petani mundar-mandir di sekitar rumahnya kerana mencari keldai yang hilang. Setelah penat, dia duduk di pangkin rumahnya memikirkan nasib keldai itu. Kemudian, perlahan-lahan dia mendengar suara rengekan seakan-akan seseorang berada dalam kesusahan. Beringsut-ingsut si petani mencari arah suara itu dan rupa-rupanya itu ialah suara keldai yang sedang dicarinya.

Keldai itu tersesat dan terjatuh ke dalam perigi lama yang dilitupi daun-daun pokok di atasnya.
"Apa yang harus dibuat? Perigi ini dalam dan kalau ditarik keluar, terlalu bahaya," bisik hatinya. Lama berfikir, dia memutuskan untuk menimbus sahaja keldainya.

Si petani mengajak beberapa orang rakannya untuk mengambus perigi tadi. Semasa membuat kerja, dia menutup kedua-dua telinganya kerana tidak sanggup mendengar pekikan keldainya. "Cepat timbus, biar suara keldai ini tidak kedengaran lagi." Peluh mencurah-curah keluar dari dahi petani dan rakan-rakannya.

Sehinggalah suara keldai tidak kedengaran barulah mereka berhenti. Menyangka keldai sudah mati, mereka berdiri di tepi perigi untuk melihat apa yang berlaku. Sungguh menakjubkan! Pandangan mereka terpaku pada seekor keldai yang masih kuat, segar dan sambil menggoyang-goyangkan ekor ke kiri dan kanan.

Setiap kali tanah jatuh ke atas badannya, keldai itu akan menggoyangkan punggungnya, menjatuhkan timbunan tanah lalu menginjak-injak sehingga menjadi padat. Melihat keadaan ini, petani tambah bersemangat dan menyiapkan usaha mereka sehinggalah keldai itu dapat melompat keluar dan berlari pergi.

Seperti juga kisah keldai ini, kehidupan kita akan terus dituangkan tanah dan kekotoran yang berupa kesedihan, masalah, ujian dan cubaan hidup. Hanya ada satu cara untuk keluar daripada keadaan tersebut iaitu menggerakkan akal untuk membuang segala kesedihan daripada hati. Dengan cara itulah, anda dapat menjadikan semua masalah seperti tanah untuk dipijak dan melompat keluar dari perigi kesengsaraan. Kejayaan dan kegagalan untuk berubah adalah silih berganti. Tidak ada sesuatu yang kekal kerana setiap masa kita berubah.
Hanya kepada Allah kita berharap dan memohon pertolongan.

Allah berfirman: "Tidakkah Kami (Allah) telah melapangkan dadamu (Ya Muhammad)? Dan telah Kami ringankan bebanmu yang berat. Yang memberati tanggunganmu. Dan Kami tinggikan (muliakan) namamu? Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan yang lain pula). Dan kepada Tuhanmu kamu berharap." - Surah al-Insyirah: 1-8

Gagal adalah sunah kehidupan. Yang lalu biarlah berlalu. Kita perlu pandang ke hadapan.
Ahli sukan yang bangga dengan kejayaan, jutawan yang megah dengan kekayaan dan ahli politik yang teruja dengan kekuasaan bersetuju bahawa seseorang yang gagal dalam cubaan pertama mesti belajar daripada kesilapan dan membaikinya!

Monday, 6 August 2012

kosong


 hidup memerlukan pengorbanan tetapi jangan menyesal apa yang kita korbankan...


apa erti bersahabat? apa erti semangat setiakawan?


letakkan matlamat dalam hidup semoga kita berada diatas landasan yang betul..