Thursday, 10 May 2012

dairi hidupku2

Aku masih tertanya dalam hidup aku sekarang sapa diri aku yang sebenar!!Semakin hari semakin jauh aku melangkah tanpa ala tuju yang betul.Dulu aku seorang yang mempunyai pendirian yang teguh tapi sekarang dimana pendiri itu pergi entah dimana.Kesilapan demi kesilapan aku lakukan.Pada bulan febuary jugak aku mengenali lebih ramai orang yang mengajar aku erti kehidupan manusia.Aku ingat aku akan bahagia untuk selamanya tetapi aku lupa hukum hakam.Dimana dibalik kebahagian akan datang kesengsaraan.Hati aku tidak tenang,tidak tenang dengan apa yang telah aku lakukan.

Aku terpesong jauh ke lumrah kegelapan.Pengalaman yang tidak akan aku lupakan dalam hidup ini.Setiap yang terjadi kepada aku ada hikmahnya.Aku ingin berterima kasih kepada insan-insan yang aku sangat dulu.Sebab tanpa mereka aku mungkin tidak akan kenal apa erti kehidupan,kebahagiaan dan kesedihan.

Hampir 3 tahun aku lupa tentang tanggungjawab aku sebagai seorang anak,abang,adik dan yang penting adalah sebagai seorang insan.Aku lalai,aku terpesong jauh dari kehidupan yang sebenar.Apa yang aku inginkan dalam hidup aku pun tidak tahu?Masih tertanya-tanya.Cita-cita yang aku kejar aku telah kececapi tetapi masih lagi ada kekurangan dalam hidup aku yang mana aku masih tertanya-tanya.

Aku mengenali manusia yang selalu mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain.Dalam hidup sekarang susah untuk menemukan seseorang yang betul sayangkan diri seikhlas hati.Banyak yang selalu mengambil kesempatan.Selama 3 tahun ini jugak aku matang tentang erti perhubungan yang sisa-sisa.Perhubungan yang tidak penah puas.Perhubungan yang menjadikan nafsu sebagai panduan hidup.Iman aku semakin hari semakin pudar.Aku buntu ,aku semakin buntu dimana harus aku mencari cahaya keimanan aku kembali.      

 Dimana ia berada sekarang.??apa yang aku inginkan!!


Friday, 23 March 2012

diari hidupku

Selepas pulang dari Loas 2009,kehidupan aku mula berubah sedikit demi sedikit.Kehidupan yang membawa aku ke tempat yang tidak aku sedari sehingga sekarang..Aku mula mengenali dunia cyber,aku mengenali bermacam ragam manusia didalamnya.Pada mulanya aku sekadar suka-suka untuk mengenali manusia yang bermacam karenahnya.Tetapi aku mula menyesal dengan kehidupan aku sekarang.Menyesal kerana aku banyak terpesong jauh dengan kehidupan aku yang sebenarnya.

Pada tahun 2010,aku mula membuka akaun di salah satu laman sosial,aku mula leka dengan laman sosial itu sehingga aku terjebak.Terjebak jauh dengan dunia khayalan yang membawa aku kepada kemungkaran Ilahi.Entah kemana matlamat hidup aku dulu.Pada tahun ini jugak aku mula belajar tentang kehidupan,perasaan,hasab dengki,fitnah dari manusia.Berbagai tohmahan telah aku terima,tetapi aku redha dengan dugaan ini.mungkin semua ini akan mengajar aku untuk terus matang dalam kehidupan ini.

Febuary 2010,Aku mula mengenali seorang insan yang ikhlas menyayangi diri aku dulu.Dia telah mengajar aku tentang kehidupan yang tidak aku penah tempuhi.aku ingin berterima kasih kepadanya kerana menyayangi dan menolong aku.Aku tidak menyangka pengenalan kami ini telah mengubah hidup aku.Aku pada mulanya  bahagia sangat bila aku mengenali beliau.Beliau seorang yang baik,tetapi manusia tidak lari melakukan kesalahan.Aku terus leka dengan dunia yang membawa aku kepada kelalaian.Aku ikhlas menyayangi insan ini tetapi disebabkan beberapa perkara persahabatan kami tidak panjang,mungkin ini silap aku dan aku kerana aku degil untuk mengenali lebih dekat dengan dunia khayalan ini













...........Bersambung

Monday, 20 February 2012

Anugerah Sukan PDRM 2011


Dicalonkan OLAHRAGAWAN PDRM 2011



Alhamdulillah saya di umunkan sebagai OLAHRAGAWAN PDRM bagi tahun 2011



Hati saya sungguh tak sangka dapat menerima anugerah pada tahun ini.


kenangan tidak dapat saya lupakan....

Bersama ASP Napri Pengelola silat PDRM dan SI Samian setiusaha silat PDRM,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka berdua kerana membantu saya sehingga saya berjaya.TERIMA KASIH tidak terhingga.

Saya bersyukur ke hadrat ILAHI dengan dengan berkat kurnianya Saya dinobatkan sebagai OLAHRAWAN PDRM 2011 .walaupun dugaan begitu banyak yang saya tempuhi akhirnya saya diberi pehargaian yang cukup besar keatas saya.Hampir 6 tahun saya bergiat dalam bidang sukan dalam PDRM.Akhirnya perhargaian yg cukup besar diberi keatas saya>Terima kasih kepada pihak yang terlibat.

Wednesday, 4 January 2012

dugaan

Dugaan demi dugaan,kita tidak akan lari dari menerima dugaan.banyak dugaan yang terpaksa aku tempuh selepas berjaya didalam Kejohanan Sea Games Jakarta baru-baru ini.Dugaan yang sangat berat datang kepada aku dan berat bagiku untuk menempuhnya.Orang menang selalunya akan melalui sangat bahagia tetapi bagi aku kemenangan aku kali ini sangat-sangat menyedihkan.Aku kehilangan banyak benda dalam sekelip mata.Aku kehilangan seorang gadis yang aku sayang,aku kehilangan motosikal dan baru-baru ini terjadi, kereta aku nyaris dicuri dan aku cedera ringan,disebab itu kehidupan aku tahun ini sangat sedih.debaran tahun baru masih panas disebutkan oleh semua orang.

Semua ini mungkin ada hikmahnya.Bila aku renung semua kejadian berlaku keatas diriku ini,mungkin Allah ingin menguji aku lagi.Adakah aku kuat untuk menempuhinya atau sebaliknya?Sebelum ini aku dapat menempuhinya,sekarang ini aku perlu kuatkan lagi.Bila aku renungkan kembali,aku sangat berdosa pada Allah kerana aku telah melakukan banyak perkara dalam hidup yang melanggar hukumNya.Dosa demi dosa aku lakukan,aku telah banyak perkara yang salah,selalu berada dalam kemaksiatan.Aku hidup dalam kegelapan.

Kehidupan yang akan membawa kehancuran pada diri aku.Sekarang aku dapat rasakan aku telah jauh menyimpang dan  jauh dari cahaya Ilahi."Ya Allah sesungguhnya aku tidak kuat untuk menempuhi dugaanMu yang sangat berat bagiku,Ya Allah aku mengaku aku telah banyak membuat kejahatan oleh itu ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa aku.Engkau kuatkanlah hati ku untuk menempuhi segala dugaan yang Engkau berikan kepada aku ini dengan sabar dan tabah."


 keadaan kereta aku yang sempat aku selamatkan dari dicuri.

bahagian cermin kereta yang pecah ditumbuk oleh aku.


 bahagian hadapan yang melanggar motosikal aku.

 kereta aku undur kebelakang dan masuk dalam longkang.Dan berlaku pergelutan dengan pencuri kereta.

 keadaan tempat kejadian yang sangat sunyi.


 abis semuanya punah.

 leher aku tercalar sikit terkena cermin kereta.

 luka dilengan aku aku telah menerima 14 jahitan kerana kejadian tu.

selepas aku membuat rawatan dan abis buat laporan polis.Dugaan hidup yang aku perlu tempuhi!!!Apa yang berlaku ada hikmahnya.....

Monday, 2 January 2012

Memori ku

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya.Aku masih bernafas lagi.Kali ini aku ingin merumus kehidupan aku yang lepas.Tahun 2011 telah berlalu dengan pelbagai kenangan yang tidak dapat aku lupakan sepanjang kehidupan aku.Kehidupan yang mengajar aku menjadi lebih matang lagi.Kehidupan yang mengajar aku erti kejujuran,keikhlasan dan kasih sayang.

Waktu berlalu begitu pantas sehingga aku alpha dan lupa untuk menilai diri aku.Aku selalu lupa dan lalai dengan tanggungjawab aku.Banyak kesalahan aku lakukan sehingga kehidupan aku lalui ini selalu diselubung masalah.Masalah yang tidak putus-putus melanda aku,aku kehilangan insan-insan yang aku sayang,selama ini fikir akulah seorang insan yang beruntung kerana aku memiliki kebahagian dan kasih sayang.Pada tahun 2011 jugak mengajar aku erti sebuah persahabatan.Dan perhubungan kekeluargaan.kenangan paling gelap pernah aku rasai pada tahun 2011 memang terpahat dalam pemikiran aku buat selamanya.

Terpahat dan akan aku kenang buat selamanya,aku memang tidak layak untuk menyayangi mereka tetapi bagi aku mereka adalah  pembakar semangat aku untuk terus berjaya di masa hadapan.Aku boleh lakukannya walaupun aku kehilangan semua.Aku tidak akan berputus asa bagi aku ini adalah Dugaan dari Allah S.W.T untuk menguji aku.Aku redha dengan semua ketentuanNya.

Aku perlu memandang kehadapan,dan aku tidak boleh menoleh ke belakang lagi.biar ia berlalu dan terpahat dalam memori silap aku.Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka.aku juga akan mendoakan semoga mereka dipermudahkan segalanya dan diberi kejayaan di masa akan datang.Aku bukan yang terbaik kepada mereka.Banyak kesalahan yang telah aku lakukan,aku ego!aku ego dengan semua hal.Keegoaan aku ini menyebabkan aku kehilangan mereka semua.

Aku telah mencipta banyak kejayaan tetapi aku tidak berjaya dalam kehidupan aku.Dimata orang aku dianggap berjaya tetapi disebalik kejayaan aku ini aku selalu diselubung masalah dan tekanan.Disebalik kesenyuman aku adalah kesedihan aku.Sepanjang 2011 juga mengajar aku erti kehidupan seorang yang bernama manusia.Disini,aku tidak boleh gambarkan jika kita menyayangi  seseorang tetapi kasih sayang kita dicemari dengan berbagai masalah.Dan kejujuran itu disalah gunakan.Keikhlasan itu dimusnahkan dengan sikap pentingkan diri.Aku tidak salahkan siapa-siapa dalam keadaan ini.Semua yang berlaku ini ada hikmahnya.

Orang boleh berjanji tetapi adakah janji itu boleh ditunaikan!Bila direnungkan kembali sepanjang 2011 banyak kesalahan yang aku lakukan.Aku tidak akan mengulanginya untuk tahun 2012.Bagi aku cabaran 2012 adalah cabaran yang paling mencabar.aku tidak tahu apa yang akan berlaku.Adakah tahun 2012 adalah penamat bagi hidup aku.Siapa tahukan.Jika ditakdirkan tahun 2012 adalah tahun terakhir bagi aku.Aku redha dengan seadanya.Aku berakhir,Aku hendak melihat orang yang aku sayang dulu berjaya dalam pelajaran mereka.Semoga memperolehkan kebahagian yang berkekalan.

"Ya Allah Banyak kesalahan yang aku lakukan OLeh itu Ya Allah Engkau ampunkanlah dosa-dosaku,dosa kedua ibubapa aku,abang-abang aku,kakakku,adik-adikku,guru-guru ku dan orang yang aku penah sayangi dulu.Aku berharap Engkau berikan kepada kami kehidupan yang lebih baik dari tahun sebelum ini.Harap tahun ini membuka lebaran yang baru baru bagi kami.Engkau panjangkanlah umur kami dan berikan kami pertunjukkan kepada jalan keredhaan Mu.Amin ya Robalalamin."